Kuiz Hari Malaysia PIK Lambir 2021

10 September 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda dan PKP, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui social media seperti Facebook dan Instagram untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana PKP dan PIK Kg Lambir masih beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Oleh itu, Aktiviti melalui media Facebook adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai. Untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia 2021, PIK Kg Lambir mengadakan kuiz bertemakan Hari Malaysia. Semua soalan – soalan yang disediakan adalah untuk menguji pengetahuan kita mengenai Hari Malaysia dan boleh mendapat pengetahuan baru untuk pemahaman Hari Malaysia. Cara untuk menyertai adalah dengan mencari post di Facebook kami dan tekan link untuk menjawab kuiz tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali