Quiz : Keselamatan Internet! Betul atau Salah?

16 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun aktiviti secara atas talian untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan aktiviti untuk orang ramai.

Antara perkongsian ICT kali ini adalah aktiviti kuiz secara online. Kuiz ini terdiri daripada soalan dengan tema Keselamatan di Internet. Sistem kuiz adalah di mana peserta perlu memilih penyataan mana yang betul mengenai etika yang betul ketika menggunakan Internet. Terdapat 10 soalan dia mana peserta perlu memilih dengan betul. Terdapat 3 peserta mengikuti kuiz tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali