Rakyatpreneur 2.0

12 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin meningkatkan perniagaan mereka, RakyatPreneur 2.0 kini dibuka untuk permohonan. Mungkin ada yang belum tahu, sebelum ini projek rintis Rakyatpreneur telah dijalankan, di mana ia adalah program yang bertujuan menyokong pembangunan perniagaan mikro B40 dan asnaf yang berpotensi tinggi untuk memperkembangkan perniagaan mereka.

Ini juga selari dengan usaha MEDAC dalam membantu usahawan B40. Google Meet berikut adalah antara wakil Bank Rakyat iaitu Encik Zulhiszam dan staf Pusat Internet Komuniti di bawah Maxis dan Nera Malaysia Sdn Bhd. Dalam sesi berikut staf PIK diberi keterangan mengenai program Rakyatpreneur serta syarat untuk menyertai program tersebut. Sesi tersebut berlansung selama 1 jam dengan penyertaan lebih dari 30 Pusat Internet Komuniti di Sarawak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali