Facebook Live : Resume (Word)

20 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara perkongsian ICT kali ini adalah mengenai Resume. Ada banyak pilihan untuk membuat resume. Tambahan pula, pilihan seperti Canva selalu dipilih untuk membuat resume kerana ia mudah untuk pengguna menggunakan aplikasi online tersebut. Untuk sesi ini, Microsoft Word digunakan kerana ia adalah mudah dan tidak memerlukan internet. Di samping itu, terdapat banyak pilihan template di Microsoft Words dan tinggal hanya untuk diedit sahaja. Kelas berlansung dari jam 2.50 petang sehingga jam 3 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali