Facebook Live : Tips Online Form

11 April 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan pandemik Covid 19 yang masih lagi melanda, pihak Pusat Internet Komuniti mengambil langkah untuk menyampaikan advokasi ataupun kelas melalui Facebook Live untuk kebaikan bersama. Hal ini kerana SOP masih menegaskan bahawa perlu ada penjarakan sosial antara orang awam. Oleh itu, Facebook Live adalah antara platform sesuai untuk menyampaikan advokasi dan kelas untuk orang ramai.

Antara perkongsian ICT kali ini adalah mengenai tips untuk online form. Penggunaan borang atas talian amat berguna pada masa kini kerana ia menjimatkan kertas dan masa. Dengan penggunaan yang sangat menjimatkan, masyarakat perlu ambil tahu mengenai penggunaan online form untuk memudahkan urusan mereka seharian. Hal ini kerana online form tersebut boleh memudahkan urusan seperti RSVP jemputan, survey kepuasan hati dan pelbagai lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali