Perlindungan Kanak – Kanak

10 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Teknologi komunikasi akan terus berkembang pesat, begitu juga ancaman yang datang bersamanya, baik ancaman baharu mahupun yang sedia ada, satu-satunya cara yang berkesan untuk menangani ancaman tersebut ialah kesungguhan kita. Namun begitu, sekalipun hasrat kita ialah untuk melindungi, kita harus memastikan langkah-langkah yang diambil tidak mencabul hak kanak-kanak memandangkan teknologi digital menyumbang kepada penganjuran, perlindungan dan penunaian hak kanak-kanak.

Pada masa sama, setiap orang harus menyingkirkan salah tanggapan bahawa kerajaan mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan semua masalah, kita masing-masing ada peranan untuk dimainkan dalam memastikan keselamatan anak-anak kita, baik agensi kerajaan, pemain industri, ibu bapa dan pendidik, ahli masyarakat, malah kanak-kanak dan golongan muda itu sendiri. Program berlansung selama 15 minit bermula 2.30 petang sehingga 2.45 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali