CrossWord Kemerdekaan PEDi Kg Lambir 2022

14 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, pihak PEDi Kampung Lambir telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk menghayati bulan kemerdekaan ini. Antaranya adalah CrossWord Kemerdekaan PEDi Kampung Lambir. Untuk aktiviti ini, pihak PEDi telah menyediakan beberapa soalan untuk peserta dan soalan adalah bertemakan kemerdekaan negara.

Dengan menggunakan aplikasi WordWall, peserta diminta untuk menyelesaikan CrossWord yang disediakan oleh pihak penganjur. Dalam masa yang ditetapkan, peserta yang berjaya menyelesaikan CrossWord akan menjadi pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali