Canva 4 Usahawan
27 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada sesi kali ini, pihak PEDi berpeluang untuk berkongsi dengan seorang usahawan PEDi mengenai cara untu menggunakan Canva. Penggunaan Canva dapat memberi kelainan dari segi promosi di alam maya kerana banyak pilihan template yang menarik serta mudah untuk disunting. Selain itu, pihak PEDi telah berkongsi bersama usahawan mengenai cara untuk menggunakan templat sedia dalam Canva dan mengubah suai templat tersebut mengikut rekaan sendiri.
Era digitalisasi sekarang memerlukan usahawan untuk menyesuaikan diri dengan arus permodenan untuk memajukan perniagaan mereka. Kemunculan keusahawanan digital adalah hasil daripada perubahan dalam dunia keusahawanan apabila berlakunya transformasi ke atas perniagaan dan masyarakat melalui teknologi digital. Transformasi digital yang berlaku ini telah menyerlahkan perubahan terhadap amalan, teori dan pendidikan keusahawanan di samping menyemarakkan lagi penyertaan masyarakat dalam dunia keusahawanan secara global.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: