TTT Autocrat (e-Sijil)
24 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniSijil digunakan sebagai tanda penyertaan dan penghargaan pada masa kini. Kebiasaanya ia diberi kepada peserta untuk menandakan bahawa mereka terlibat dengan program atau seminar yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Manakala e-sijil pula merupakan sijil yang diedarkan secara atas talian, boleh disimpan di Internet serta boleh dicetak secara fizikal.
Untuk TTT kali ini, program adalah mengenai cara menghasilkan e-Sijil menggunakan software Autocrat. Fungsi Autocrat dalam penghasilan sijil secara pukal dimana ia melibatkan kuantiti yang banyak dengan maksimum sebanyak 100 sijil sehari. Di samping itu, penggunaan Autocrat hanya memerlukan peserta untuk mengisi borang secara atas talian dan ia akan menghasilkan sijil mengikut maklumat borang tersebut. Tenaga pengajar bagi sesi ini adalah Encik Anwar Pengurus PEDi Semenyih dan peserta terdiri daripada Pengurus PEDi Maxis dibawah naungan Nera Malaysia. Kelas berlansung dari jam 11:00 pagi sehingga 1:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: