Kelas Intel Batch 2 (Modul 3- Microsoft Word)
22 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Intel Batch 2 PI Kg Lambir diteruskan pada hari Ahad 21 Mei 2017. Pada minggu sebelumnya, peserta telah didedahkan dengan kemahiran softskill dan telah diperkenalkan dengan komponen yang terdapat pada sebuah komputer seperti tetikus, monitor dan papan kekunci.
Dalam modul 3, para peserta telah didedahkan dengan asas menggunakan Microsoft Word seperti mengubah saiz font, menukar jenis font, mengubah spacing, membuat jadual, menukar warna font dan sebagainya. Kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada 12.30 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: